Alahai Diriku

Pasti peritkan? 
Berjalan memijak duri-duri yang ditanam sendiri dahulunya.
Kesakitan yang kadang-kala menghentikan langkah.
Mempersoalkan kembali, perlukah aku teruskan perjalanan ini?

Huh.... Apabila mengeluh, dikatanya tidak kuat.
Apabila bersedih, dikatanya cetek ilmu.

Lantas ditertawakan oleh diri silam dibalik cermin.
Kerana membuat keputusan meninggalkan keseronokan,
meninggalkan kesenangan.

Haha, aku hanya mampu tertawa kembali.
Benar! Ya, Benar!
Memang perit.
Kadang-kala membunuh diri terlintas dalam niat.
Kadang-kala air mata tidak mampu menenangkan pikiran.

Tetapi harga sebuah kebebasan dan kemerdekaan itu adalah pengorbanan.
Keyakinan akan janji Allah perihal perjuangan membebaskan diri.
Itulah yang memberikan aku kekuatan. 

Siapa kata berselesa dengan tidak melakukan kejahatan itu satu kebaikan?

Allah berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan."
-Surah Al-Kahfi(18):103-104-

Indeed, everyone have a past. Everyone lives a present. Yet everyone deserves the future.
No need to judge someone's past because it might be yours.

Ulasan