Duhai Hati!
Duhai Hati!
Apakah engkau sudah mati meninggalkan jasad ini bergerak tanpa erti?
Duhai Hati!
Terseksakah dikau diberi tekanan hidup-hidup oleh mereka yang hampir dengan engkau?
Duhai Hati!
Kuatkah dikau membiarkan senyuman menyembunyikan kesedihan yang dikau simpan itu setiap hari?
Duhai Hati?
Apakah engkau sudah mati?
Kenapa tiada tangisan dan rintihan darimu?
Kenapa terdiam sahaja?
........
Wahai diri!
Kadangkala, bukanlah aku ingin berterusan mati. Tetapi semakin dicari harapan semakin banyak kebencian yang diterima.
Bukanlah tidak mahu bersedih dan merintih, tetapi terasa lali dan penat meronta-ronta saban hari namun tidak diendah sesiapapun.
Wahai diri!
Mungkin kita tersilap tempat mencari kasih dan meminta belas kasihan.
Mungkin Allah ingin menarik kita kepada-Nya.
Biar kita tahu Dialah sahaja tempat berharap dan tempat berdoa.
Dan mungkin tika itu kita mampu tersenyum ikhlas, menangis dengan esaknya, dan menjerit sehabis mungkin.

Ulasan